on the Journey to be the best of me..


Friday, March 21, 2008
Hatiku yang Lemah...

Temosa Panas

 

"Kenapa tak keluar datingnye Mir..kenal-kenal dulu" kata Tok Wan dengan nada bergurau.

 

"Hish mane bole..ade ke Che ni..ajar benda ngarut" balas Che(mak aku) kepada Tok Wan

 

"Ala..biasa la budak-budak sekarang..dating-dating ni..name pun laki kan.."

 

"Mir tu laki..tapi yang perempuan die bawak tu mesti la anak orang jugak kan?"

 

"Ye la..Ye la..Eh,makan la lagi Temosa tu Mir"

 

Aku diam saje..menghadap Temosa panas Kampung Sungai Karang Darat yang memang lazat…tapi isi perbualan dalam gurauan antara ibu dan nenek aku lebih kurang 10 tahun lepas selalu terngiang-ngiang dalam fikiran…

 

presenting temosa:looks like karipap but with fish and coconut instead...

 

Konsep Couple

 "Couple" ..terasa kosong bila memikirkannya…entah siapa yang memulakannya tapi ramai yang mengikutnya…jika ada yang mengaku sudah "couple" ..ada yang mengucapkan tahniah dan gembira..pelik sungguh..

 

Bayangkan seeorang ayah bersusah payah membesarkan seorang anak perempuan..20 tahun kemudian selepas berkenalan yang singkat..anaknya sudah boleh dibawa ke sana sini…pada ketika dosa anaknya masih ditanggung ayahnya..Sanggup pula anaknya memberi bahagian dosa kepada ayahnya…Nauzubillah

 

Si lelaki pula, terus menerus memikat "Pasti Dapat jika Mengorat, Perempuan hanya ada dua jenis:Yang mahukan kita dan Akan mahukan kita" itulah motto hidupnya…Nauzubillah min zalik...

 

Tapi..

jika memikat dengan pujian..perlu diteruskan pujian sepanjang masa..

jika memikat dengan hadiah...perlu diberi hadiah sepanjang masa…

jika memikat dengan pura-pura..perlu berpura-pura sepanjang masa…

 

"Mengorat hanyalah untuk yang muflis peribadinya" kata seorang kawanku

Rasulullah dipinang Khadijah kerana sifat terpujinya..memikat tanpa sedar..

Contoh yang lebih moden mungkin ialah Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta..

 

 

inikah idea bahagia?atau terpedaya

 

Realiti

Lebih kurang 20-30 tahun dahulu..keluar berduaan masih taboo masyarakat(walaupun mungkin kerana adat,bukan agama)..sekarang ini lah trend semasa..malah jika kalau keluar sama jantina pula yang menjadi perkara pelik(pengalaman sendiri dikerling orang bila keluar makan berdua dengan kawan sejantina)..sungguh cepat manusia berubah…

 

Beberapa hari lepas aku keluar berjalan seorang di sekitar Volgograd, terjumpa 4 "pasangan" : 3 daripadanya Melayu...

 

"Menang orang Melayu hari ni" kataku dalam hati.

Semoga hari seterusnya orang lain pula yang menang…bagi peluang juga pada orang lain..

 

Maksud  Hadis:

"Barangsiapa yang ternampak atau terserempak dengan kemungkaran maka hendaklah ia memberhentikannya dengan tangannya,jika tidak mampu maka hentikanlah ianya dengan lidah,jika tidak mampu hentikanlah ianya dengan hati, itulah selemah-lemah iman"(Bukhari dan Muslim)

 

Lemah sungguh iman dalam hati ini…hanya ini sahaja yang mampu dibuat…

 


Posted at Friday, March 21, 2008 by tuanzamani

amir to amani
March 23, 2008   09:18 PM PDT
 
spot on kat mane tu amani?
amani
March 23, 2008   08:37 PM PDT
 
hm.. spot on!
amir to amerrycan mi
March 22, 2008   06:00 PM PDT
 
makan gitu jek..macam karipap..heheh
amrahismail
March 22, 2008   01:01 PM PDT
 
hurmm...temosa tu makan dgn apa????
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



tuanzamani
May 6th 1983  (Age 26)
Male
Malaysia
setiap manusia terikat dengan apa yang diusahakannya(almuddatsir:38)


   





<< March 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31








Click to view my Personality Profile page



take a look



blogging buddies

  • my frenster's blog
  • zul's eccentrism
  • Al Fajar
  • flutterby
  • nadiah
  • aizadeeha
  • matpih
  • amani
  • anum
  • fadly
  • nurtaqwa
  • sarah
  • kak tut
  • lela
  • gmex
  • Ahmed
  • MUSLIMinVOLGOGRAD(Kirovsky mosque)



    Powered by IP2Location.com











    Date Conversion

    Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
    Day: Month: Year









    Join My Community at MyBloglog!




    Get your own Box.net widget and share anywhere!





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed