Respons
Kembali dari daurah antara usrah-usrah di sini..daripada topik utama Syahadatul Haq(penyaksian yang sebenar) oleh Al Maududi terkeluar jugalah tentang pembentukan negara Islam melalui tarbiyah individu Muslim.
Kebetulan sedang membaca buku RESPONS Intelektual Muslim dan Isu-isu Semasa susunan Ann Wan Seng,seorang pendakwah yang amat aku kagumi(mengikuti sedikit kisah sebelum beliau memeluk Islam dan selepas),salah satu artikel yang ditulis oleh Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff menyentuh betapa pentingnya untuk umat Islam mendapat kuasa pemerintahan untuk membina Negara Islam.
Pengalaman Pakistan
Walaupun asal tujuan penubuhan negara(1947)melalui pemisahan dengan India itu adalah untuk menjadikannya sebuah Islam(oleh Mohammed Ali Jinnah),tetapi kerana jemaah-jemaah Islam tidak bersatu(tidak ramai ulamak menyokong dan berpindah ke Pakistan), pihak liberal-nasionalis telah menguasai Pakistan.
Hasilnya,ketika pemerintahan Ayub Khan, Islam digugurkan dalam perlembagaan,dari Republik Islam Pakistan menjadi Republik Pakistan sahaja(kemudian ditukar kembalikan semula kerana demonstrasi pelajar)
Hanya pada 1970 sebahagian kecil ulamak di Pakistan menyedari kepentingan memiliki kuasa lalu mula bergiat langsung dalam politik dan bertanding di dalam pilihanraya(tanpa sokongan Jemaah Islam pimpinan Maududi)

makam Mohammed Ali Jinnah di Karachi,Pakistan
Pengalaman Mesir
Pada awal kurun ke 19 ulamak amat dihormati dan berpengaruh di Mesir,mereka mempunyai kuasa untuk menentukan kepimpinan Mesir.
Ulamak ketika itu melantik Mohammad Ali Pasha sebagai ketua negara,malangnya selepas berjaya memperkukuhkan kuasanya,beliau telah mengetepikan golongan ulamak dan menekan golongan agama.Selepas itu golongan liberal-nasionalis menguasai Mesir sehingga ke hari ini.
Walaupun ada usaha-usaha untuk mengembalikan kepimpinan ulamak,tetapi pertubuhan-pertubuhan agama amat ditekan kerajaan menyebabkan organisasi Islam seperti Ikhwanul Muslim menyertai politik amat sukar.

masjid Hussein,Kaherah
Dari sini kita boleh mengambil iktibar, bagaimana pentingnya kuasa pemerintahan itu dimiliki oleh umat Islam umumnya dan ulamak khasnya..
Dimana bumi dipijak di situ Islam dijunjung......InsyaAllah...
Wallahualam....