Salam..
Penyakit dan Ubatnya..
Dalam selama beberapa tahun belajar bidang perubatan ini,satu perkara yang aku pelajari adalah setiap penyakit ada ubatnya(setakat kajian dan kemampuan manusia)..
Ubat secara mudah amnya ada 3 jenis...etiological(punca eg. bakteria),pathogenesis(tindakbalas dari punca menghasilkan penyakit eg. toksin bakteria) dan symptomatic(hasil penyakit eg. demam)
Ubat yang terbaik adalah yang boleh menghapuskan punca...kedua yang boleh menghapuskan tindakbalas itu dan akhirnya(ketiga) untuk melegakan pesakit..
Yang menjadi dilemma seorang doktor yang benar-benar ingin merawat pesakit adalah untuk mencari punca penyakit...dan yang selalunya dikehendaki pesakit ialah kelegaan dari penyakit..untuk mencapai kedua-dua objektif ini..mesti sahaja ada kerjasama dari kedua-dua pihak.
Perlu diingat...penyakit A mungkin akan hasikan simptom yang sama dengan penyakit B,C dan D tapi ubat terbaiknya adalah antibiotik A.walaupun simptomnya boleh dilegakan dengan ubat yang sama dengan ubat yang sama untuk B,C dan D.

Kapsul minyak ikan.penuh dengan Vitamin
Boikot
Isu barangan Israel,Denmark dan isu terbaru Belanda(Geertz Wilders yang menghasilkan filem 15minit dalam internet),dengan mudah ramai sahaja orang mem"forward" senarai barangan negara-negara itu.
Tapi,walaupun nampak seperti simptomnya sama,adakah sama punca,tindakbalas isu-isu ini ?
Tanpa mengetahui punca sakit kepala semua menelan Panadol..mudah tapi bukanlah terbaik..Dalam perubatan Akupunktur...sakit kepala ada ratusan sebab...dan rawatannya semestinya berlainan..
Mungkin kerana sudah ada template didalam otak kita,sakit kepala makan Panadol,isu yang begini..kena buat begini..lebih mudah dari bertemu doktor atau menunggu fatwa dan kajian ulamak dan pakar-pakar...sekurang-kurangnya tunggulah pengerusi OIC cakap apa(mungkin dalam sebulan lagi dari post ini
)
Di sini aku tidak menyokong atau membantah pemboikotan..sekurang-kurangnya ada sifat "peduli umat" juga..daripada orang yang tak ambil tahu langsung...tapi lebih kepada proses forward-forward tanpa fikir..peduli umat bukan dengan perasaan sahaja..tapi mestilah disertai fikiran juga..apa kesan pada umat..adakah benar fakta-fakta itu?
Senarai
Di sini aku letak apa yang diforward oleh rakan-rakan tadi..aku hormati keihlasan mereka..Semoga aku juga diberi Taufik dan Hidayah untuk menjadi "peduli umat"..
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
1. Dutch Lady - Susu 2. Ferrero Roche - Coklat 3. Wall's - Ais Krim 4. Ing -Insurans 5. Planta -Magerin 6. Lady's Choice -Magerin 7. Lipton -Teh 8. Shell -Minyak 9. Knorr -Perisa Makanan 10. Dove -Mandian 11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan 12. Radiant -Deodoran 13. Rexona -Deodoran 14. Ponds -Produk Kecantikan 15. Kieldsens -Coklat 16. Slimfast -Produk Pelangsing 17. Lego -Kismis 18. Philips -Barangan Elektrik 19. Duyvis -Makanan Ringan 20. Gouda -Keju 21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian 22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian 23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian 24. Labello -Lip Balm 25. Pickwick -Teh 26. Venz -Mentega Coklat 27. Kinder Bueno -Coklat 28. Unilever
kalau tak silap aku..Lego itu dari Denmark(pernah check semasa isu karikatur Rasulullah) dan selepas meng"google" aku dapati Pickwick itu bukanlah produk Belanda(betulkan jika aku salah)..niat pemforward pertama itu mungkin ikhlas..tapi memukalkan produk-produk negara lain tanpa usul periksa tetap menjadi bohong...Nauzubillah..
Adakah kerana Forward tanpa Fikir itu lebih Mudah..
Wallahualam...

matahari terbit di Kem Uitdam,Holland.
berkaitan isu Geertz Wilders untuk menambah pandangan:
Fitnah filem Fitna!-ustaz Hasrizal
Al-Quran DiHina Musuh,Ketidakpedulian juga dianggap Menghina-ustaz Zaharuddin
Pickwick
Posted at Tuesday, April 01, 2008 by
tuanzamani
 |  |  |
amir April 2, 2008 09:21 PM PDT
hahaha...mace2 la mek to' ni... |
 |

 |  |  |
amani April 2, 2008 07:28 PM PDT
alamak.. ambo forward barangan boikot tu.. tokde nok check la pulok! heheh |
 |

 |  |  |
amir April 2, 2008 02:34 PM PDT
Salam...
em stuju tu syam...tapi a zam slalunya cek dulu..kalo chain letters ni mmg tak forward la..kalo budget2 betul maklumat,hadis ke..forward la,arapnye dapat pahala senang2(walaupun jarang buat)...tapi hati2 gak..kalo tipu...dosa pun senang juga...wallahualam |
 |

 |  |  |
Leokid April 2, 2008 12:50 AM PDT
Anti-forward2 msg. Tak kisahlah msg pasal tazkirah ke, nasihat ke, ape2 ke, saya cukup anti. Heheh.
Anti atas 2 sebab:
1. Kebanyakan yg forward tu bkn tahu pun apa yg diforwardkan. Main forward hadis, tak amik kisah pun hadis sahih ke bkn hadis. Cam contoh yg zam bg kat atas la.
2. Chain reaction. Sorg forward, habis semua org dalam contact list forward balik kat saya. sudahnya msg yang sama dpt kat saya hampir 10 copy jadinya. huhu. T_T |
 |