on the Journey to be the best of me..


Saturday, April 12, 2008
White Sabre II

Salamm

I've moved from here to here, I'll miss this place..

Still using the White Sabre as the theme...read the sabre(basmallah) before reading further...

Wallahualam...


Posted at Saturday, April 12, 2008 by tuanzamani
cOmmEnt  




Wednesday, April 09, 2008
Em...

I'll be moving...

I've been mirror-logging on another platform since a few weeks ago...and I kind of like it there...

So,InsyaAllah...there'll be White Sabre II1 after this..

Wallahualam..

1)feels corny right..hehe..like KID 2 from the new Knight Rider...


Posted at Wednesday, April 09, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(1)  

Yang Tak Nampak..

Satu petang,suatu pasangan sedang duduk bersama,tiba-tiba seorang kawan datang melompat duduk di sebelah yang lelaki dan berkata:

"Haa..akulah yang ketiga di antara kamu berdua "

Tergamam sekejap...terfikir kalaulah manusia boleh melihat makhluk ghaib macam syaitan(aku agak kawan itu nak buat lawak berlakon sebagai syaitan)..agaknya lintang pukang manusia lari,macam terjumpa zombie seperti dalam cerita Dawn of the Dead atau Resident Evil.

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al An'am: 43)

Dalam cerita-cerita hantu,bila manusia jumpa monster,pasti semua duduk ramai-ramai dalam satu rumah/bangunan,kunci pintu dan berjaga-jaga,siapa yang keluar seorang atau berdua,pasti kena makan/bunuh awal-awal,kalau keluar ramai-ramai tapi tanpa senjata,kena bunuh juga.Susah sungguh jadi manusia dalam cerita yang ada hantu atau raksasa.

Apa hikmahnya Allah jadikan musuh utama manusia,Syaitan tak nampak di mata manusia..aneh bukan..bukankah lagi mudah kalau boleh dinampak dari 2-3 km lagi..senang sedikit kita nak lari..

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al A'raf: 27)

Tapi Allah yang Maha Bijaksana telah menetapkan begitu...maka,mungkin "senjata" dan "rumah" untuk manusia melindungi diri juga lain..kerana musuh yang tidak nampak jauh lagi menakutkan daripada musuh yang boleh dilihat.

"Wahai orang yang beriman ! masuklah kamu ke dalam keamanan (agama Islam) dengan sepenuhnya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan." Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata.
(Al-Baqarah: 208)

"Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam.."

Wallahualam..


Posted at Wednesday, April 09, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(2)  




Sunday, April 06, 2008
more on "Fitna"...

Just some more views concerning the film Fitna:

Majlis Fatwa sokong boikot produk Belanda-Malaysian Fatwa Council

Muslim Rebut Wilder's Film -European Muslim Council

Akhirat

Anyway in Malaysia we have our very own Islam insulting film too...called "Akhirat",congratulations to Malaysia...if a Dutch can do it..why can't we right?and it's not the 1st one too...Malaysia Boleh..(1)

Filem Abu Jahal (Suku Pertama) Tahun 2008 Adalah 'Akhirat' -Faisal Tehrani

Oh no...does this mean that because our own government didn't put Akhirat's producers into prison(2)..we have to boycott Malaysian products now?

We are the best Ummah when we are Wasatiah(3)...so think clearly before doing anything(even forwarding)...

Wallahualam...

 

1)This is Sarcasm

2)The Dutch government didn't do it to Wilders,but at least they condemned his action..

3)Avoiding both extremes and well balanced..see Quran 2:143

 

 


Posted at Sunday, April 06, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(1)  




Tuesday, April 01, 2008
kerana Forward itu mudah..

Salam..

Penyakit dan Ubatnya..

Dalam selama beberapa tahun belajar bidang perubatan ini,satu perkara yang aku pelajari adalah setiap penyakit ada ubatnya(setakat kajian dan kemampuan manusia)..

Ubat secara mudah amnya ada 3 jenis...etiological(punca eg. bakteria),pathogenesis(tindakbalas dari punca menghasilkan penyakit eg. toksin bakteria) dan symptomatic(hasil penyakit eg. demam) 

Ubat yang terbaik adalah yang boleh menghapuskan punca...kedua yang boleh menghapuskan tindakbalas itu dan akhirnya(ketiga) untuk melegakan pesakit..

Yang menjadi dilemma seorang doktor yang benar-benar ingin merawat pesakit adalah untuk mencari punca penyakit...dan yang selalunya dikehendaki pesakit ialah kelegaan dari penyakit..untuk mencapai kedua-dua objektif ini..mesti sahaja ada kerjasama dari kedua-dua pihak.

Perlu diingat...penyakit A mungkin akan hasikan simptom yang sama dengan penyakit B,C dan D tapi ubat terbaiknya adalah antibiotik A.walaupun simptomnya boleh dilegakan dengan ubat yang sama dengan  ubat yang sama untuk B,C dan D.

Kapsul minyak ikan.penuh dengan Vitamin

Boikot

Isu barangan Israel,Denmark dan isu terbaru Belanda(Geertz Wilders yang menghasilkan filem 15minit dalam internet),dengan mudah ramai sahaja orang mem"forward" senarai barangan negara-negara itu.

Tapi,walaupun nampak seperti simptomnya sama,adakah sama punca,tindakbalas isu-isu ini ?

Tanpa mengetahui punca sakit kepala semua menelan Panadol..mudah tapi bukanlah terbaik..Dalam perubatan Akupunktur...sakit kepala ada ratusan sebab...dan rawatannya semestinya berlainan..

Mungkin kerana sudah ada template didalam otak kita,sakit kepala makan Panadol,isu yang begini..kena buat begini..lebih mudah dari bertemu doktor atau menunggu fatwa dan kajian ulamak dan pakar-pakar...sekurang-kurangnya tunggulah pengerusi OIC cakap apa(mungkin dalam sebulan lagi dari post iniSmile)

Di sini aku tidak menyokong atau membantah pemboikotan..sekurang-kurangnya ada sifat "peduli umat" juga..daripada orang yang tak ambil tahu langsung...tapi lebih kepada proses forward-forward tanpa fikir..peduli umat bukan dengan perasaan sahaja..tapi mestilah disertai fikiran juga..apa kesan pada umat..adakah benar fakta-fakta itu?

Senarai

Di sini aku letak apa yang diforward oleh rakan-rakan tadi..aku hormati keihlasan mereka..Semoga aku juga diberi Taufik dan Hidayah untuk menjadi "peduli umat"..

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu 2. Ferrero Roche - Coklat 3. Wall's - Ais Krim 4. Ing -Insurans 5. Planta -Magerin 6. Lady's Choice -Magerin 7. Lipton -Teh 8. Shell -Minyak 9. Knorr -Perisa Makanan 10. Dove -Mandian 11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan 12. Radiant -Deodoran 13. Rexona -Deodoran 14. Ponds -Produk Kecantikan 15. Kieldsens -Coklat 16. Slimfast -Produk Pelangsing 17. Lego -Kismis 18. Philips -Barangan Elektrik 19. Duyvis -Makanan Ringan 20. Gouda -Keju 21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian 22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian 23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian 24. Labello -Lip Balm 25. Pickwick -Teh 26. Venz -Mentega Coklat 27. Kinder Bueno -Coklat 28. Unilever

kalau tak silap aku..Lego itu dari Denmark(pernah check semasa isu karikatur Rasulullah) dan selepas meng"google" aku dapati Pickwick itu bukanlah produk Belanda(betulkan jika aku salah)..niat pemforward pertama itu mungkin ikhlas..tapi memukalkan produk-produk negara lain tanpa usul periksa tetap menjadi bohong...Nauzubillah..

Adakah kerana Forward tanpa Fikir itu lebih Mudah..

Wallahualam...

matahari terbit di Kem Uitdam,Holland.

berkaitan isu Geertz Wilders untuk menambah pandangan:

Fitnah filem Fitna!-ustaz Hasrizal

Al-Quran DiHina Musuh,Ketidakpedulian juga dianggap Menghina-ustaz Zaharuddin

Pickwick

 


Posted at Tuesday, April 01, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(4)  




Tuesday, March 25, 2008
Peluklah ISLAM wahai Melayu!

MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Kepada adik-adik, bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu. Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Nueklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia. Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.

Sekarang kita masuk MELAYU. LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BODOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!... ... ... ..

Tapi... ... . Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BODOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Bodoh, Bangang, Angguk-angguk, geleng-geleng.... Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. Berbeza dengan pahlawan dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Alfatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh sultan MELAYU. Tak pun oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu... .. Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, itu bukan persoalan yang ingin dilontarkan.

Jadi... . Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah... ... ! Peduli apa aku... ... ! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya... .. Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran... .nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya... ... "

http://isuhangat.blogspot.com/2008/02/peluklah-islam-wahai-melayu.html

Salam..tak semua penyataan penulis ni aku setuju..tapi main point dia memang betul..

Sehebat mana pun bangsa tu...tak kekal...

Mulia manusia bukan kerana bangsa...tapi kerana taqwanya...

Jom pakat gigit tali Islam pulak...Amar Makruf Nahi Munkar..InsyaAllah jadilah kita Umat terhebat seperti yang dijanjikan...


Posted at Tuesday, March 25, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(4)  




Monday, March 24, 2008
Respons....

Respons

Kembali dari daurah antara usrah-usrah di sini..daripada topik utama Syahadatul Haq(penyaksian yang sebenar) oleh Al Maududi terkeluar jugalah tentang pembentukan negara Islam melalui tarbiyah individu Muslim.

Kebetulan sedang membaca  buku RESPONS Intelektual Muslim dan Isu-isu Semasa susunan Ann Wan Seng,seorang pendakwah yang amat aku kagumi(mengikuti sedikit kisah sebelum beliau memeluk Islam dan selepas),salah satu artikel yang ditulis oleh Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff  menyentuh betapa pentingnya untuk umat Islam mendapat kuasa pemerintahan untuk membina Negara Islam.

Pengalaman Pakistan

Walaupun asal tujuan penubuhan negara(1947)melalui pemisahan dengan India itu adalah untuk menjadikannya sebuah Islam(oleh Mohammed Ali Jinnah),tetapi kerana jemaah-jemaah Islam tidak bersatu(tidak ramai ulamak menyokong dan berpindah ke Pakistan), pihak liberal-nasionalis telah menguasai Pakistan.

Hasilnya,ketika pemerintahan Ayub Khan, Islam digugurkan dalam perlembagaan,dari Republik Islam Pakistan menjadi Republik Pakistan sahaja(kemudian ditukar kembalikan semula kerana demonstrasi pelajar)

Hanya pada 1970 sebahagian kecil ulamak di Pakistan menyedari kepentingan memiliki kuasa lalu mula bergiat langsung dalam politik dan bertanding di dalam pilihanraya(tanpa sokongan Jemaah Islam pimpinan Maududi)

makam Mohammed Ali Jinnah di Karachi,Pakistan

Pengalaman Mesir

Pada awal kurun ke 19 ulamak amat dihormati dan berpengaruh di Mesir,mereka mempunyai kuasa untuk menentukan  kepimpinan Mesir.

Ulamak ketika itu melantik Mohammad Ali Pasha sebagai ketua negara,malangnya selepas berjaya memperkukuhkan kuasanya,beliau telah mengetepikan golongan ulamak dan menekan golongan agama.Selepas itu golongan liberal-nasionalis menguasai Mesir sehingga ke hari ini.

Walaupun ada usaha-usaha untuk mengembalikan kepimpinan ulamak,tetapi pertubuhan-pertubuhan agama amat ditekan kerajaan menyebabkan organisasi Islam seperti Ikhwanul Muslim menyertai politik amat sukar. 

masjid Hussein,Kaherah

Dari sini kita boleh mengambil iktibar, bagaimana pentingnya kuasa pemerintahan itu dimiliki oleh umat Islam umumnya dan ulamak khasnya..

Dimana bumi dipijak di situ Islam dijunjung......InsyaAllah...

Wallahualam....


Posted at Monday, March 24, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(4)  




Friday, March 21, 2008
Hatiku yang Lemah...

Temosa Panas

 

"Kenapa tak keluar datingnye Mir..kenal-kenal dulu" kata Tok Wan dengan nada bergurau.

 

"Hish mane bole..ade ke Che ni..ajar benda ngarut" balas Che(mak aku) kepada Tok Wan

 

"Ala..biasa la budak-budak sekarang..dating-dating ni..name pun laki kan.."

 

"Mir tu laki..tapi yang perempuan die bawak tu mesti la anak orang jugak kan?"

 

"Ye la..Ye la..Eh,makan la lagi Temosa tu Mir"

 

Aku diam saje..menghadap Temosa panas Kampung Sungai Karang Darat yang memang lazat…tapi isi perbualan dalam gurauan antara ibu dan nenek aku lebih kurang 10 tahun lepas selalu terngiang-ngiang dalam fikiran…

 

presenting temosa:looks like karipap but with fish and coconut instead...

 

Konsep Couple

 "Couple" ..terasa kosong bila memikirkannya…entah siapa yang memulakannya tapi ramai yang mengikutnya…jika ada yang mengaku sudah "couple" ..ada yang mengucapkan tahniah dan gembira..pelik sungguh..

 

Bayangkan seeorang ayah bersusah payah membesarkan seorang anak perempuan..20 tahun kemudian selepas berkenalan yang singkat..anaknya sudah boleh dibawa ke sana sini…pada ketika dosa anaknya masih ditanggung ayahnya..Sanggup pula anaknya memberi bahagian dosa kepada ayahnya…Nauzubillah

 

Si lelaki pula, terus menerus memikat "Pasti Dapat jika Mengorat, Perempuan hanya ada dua jenis:Yang mahukan kita dan Akan mahukan kita" itulah motto hidupnya…Nauzubillah min zalik...

 

Tapi..

jika memikat dengan pujian..perlu diteruskan pujian sepanjang masa..

jika memikat dengan hadiah...perlu diberi hadiah sepanjang masa…

jika memikat dengan pura-pura..perlu berpura-pura sepanjang masa…

 

"Mengorat hanyalah untuk yang muflis peribadinya" kata seorang kawanku

Rasulullah dipinang Khadijah kerana sifat terpujinya..memikat tanpa sedar..

Contoh yang lebih moden mungkin ialah Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta..

 

 

inikah idea bahagia?atau terpedaya

 

Realiti

Lebih kurang 20-30 tahun dahulu..keluar berduaan masih taboo masyarakat(walaupun mungkin kerana adat,bukan agama)..sekarang ini lah trend semasa..malah jika kalau keluar sama jantina pula yang menjadi perkara pelik(pengalaman sendiri dikerling orang bila keluar makan berdua dengan kawan sejantina)..sungguh cepat manusia berubah…

 

Beberapa hari lepas aku keluar berjalan seorang di sekitar Volgograd, terjumpa 4 "pasangan" : 3 daripadanya Melayu...

 

"Menang orang Melayu hari ni" kataku dalam hati.

Semoga hari seterusnya orang lain pula yang menang…bagi peluang juga pada orang lain..

 

Maksud  Hadis:

"Barangsiapa yang ternampak atau terserempak dengan kemungkaran maka hendaklah ia memberhentikannya dengan tangannya,jika tidak mampu maka hentikanlah ianya dengan lidah,jika tidak mampu hentikanlah ianya dengan hati, itulah selemah-lemah iman"(Bukhari dan Muslim)

 

Lemah sungguh iman dalam hati ini…hanya ini sahaja yang mampu dibuat…

 


Posted at Friday, March 21, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(4)  




Wednesday, March 19, 2008
Your Beauty-Hamza Robertson feat Sami Yusuf

 

Your Beauty 

Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling

Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening

What I'd give to see your face
Beaming with so much grace

Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling
Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening (x2)


CHORUS:
Ya Mawlay, ya Mawlay Salli 'ala Taha (x2)
husnu Ahmadal Bashir
Akhjalal badral munir
Oh my Lord, Send your peace and blessings on Taha (one of the prophet's names)
The beauty of Ahmad the portent
Ashamed the illuminative full moon

Will I be from those
You welcome with a smile
As you call your nation
Come to my side

Or will I see you frown
And then turn away
I did let you down
I forgot this Day

What I'd give to see your face
Beaming with so much grace

Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling

Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening

CHORUS

Bridge:
Ya Habiba Allah
Ya Safiyya Allah
'Alayka Salatu Allah
Wa Salamu Allah
Oh you the one who Allah loves
Oh you the one who Allah chose
May Allah's peace and blessing be upon you

Your smile is so bright
It lits up the dark night
Brought mercy and light
To my waiting heart

I know that I'm weak
Of my sins I can't speak
Your mercy I seek
Though I'm not worthy

What I'd give to see your face
Beaming with so much grace

Brighter than the sun
Fairer than the moon
Your beauty is so dazzling

Bigger than the sea
Higher than the clouds
Your soul is so enlightening


CHORUS
 

Selamat menyambut Maulidur Rasul...banyakkan selawat..hidupkan sunnah


Posted at Wednesday, March 19, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(2)  




Monday, March 17, 2008
the Mountain-Hamza Robertson

 

The Mountain

I gave my Salam to the mountain
And I drank from the mountain stream
And I walked upon its surface
And it all felt like a dream
And this mountain it is a Muslim
And I feel like he's my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

CHORUS:
Allahu Allahu Allahu (throughout)
La Ilaha Ella Allah (throughout)
We should be like the mountain
It never complains
We should be like the mountain
It praises God and never complains
We should be like the mountain
Like the mountain

I gave my Salam to the mountain
And I strive through the wind and the snow
And something caught my eye up in the sky
And I wished it would never let go
Cause this mountain it is a Muslim
And I feel like he's my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

On this mountain I feel complete
And while I'm here to this mountain I will speak

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

And thank God for this wonderful day
And I know the mountain feels the same way

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

CHORUS

We should be like the mountain
An awe-inspiring Muslim
As it is
We should be like the mountain
Like the mountain

La Ilaha Ella Allah
There's no God but Allah
Allahu Allah

Going down Mount Sinai,Egypt


Posted at Monday, March 17, 2008 by tuanzamani
ComMeNted..(1)  




Next Page



tuanzamani
May 6th 1983  (Age 26)
Male
Malaysia
setiap manusia terikat dengan apa yang diusahakannya(almuddatsir:38)


   





<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31








Click to view my Personality Profile page



take a look



blogging buddies

  • my frenster's blog
  • zul's eccentrism
  • Al Fajar
  • flutterby
  • nadiah
  • aizadeeha
  • matpih
  • amani
  • anum
  • fadly
  • nurtaqwa
  • sarah
  • kak tut
  • lela
  • gmex
  • Ahmed
  • MUSLIMinVOLGOGRAD(Kirovsky mosque)



    Powered by IP2Location.com











    Date Conversion

    Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
    Day: Month: Year









    Join My Community at MyBloglog!




    Get your own Box.net widget and share anywhere!





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed