Suatu Malam di Hotel Volgograd
"Lain kali nak buat program ke ape ke panggil la saya"
"Insya Allahh…"
"Tapi,saya pelik jugak"
"Kenapa Pak Cik"
"Ikut pengalaman saya buat program,idea pelajar universiti tempatan biasanya lagi hebat dari idea yang pelajar oversea"
"Ye ke?"
"Kalau universiti tempatan akan cakap tentang isu semasalah,tentang masyarakatlah,tau tak,ada sekali saya buat program dengan pelajar luar negara, boleh diorang cakap tentang ayam halal,daging halal,macam tulah isu paling besar diorang "
"Erk..hahaha"
Kami berempat gelak cover beramai-ramai kemudian tersenyum kelat…
Lebih kurang 4 tahun lepas,ayah dan ibu kepada seorang pelajar baru bertandang ke Volgograd. Dia adalah seorang Consultant(kalau tak silap) dan juga Motivator.
Pada malam terakhir Pak Cik itu di sini, kami berbual-bual dengan dia di lobi Hotel,macam-macam topik,dan keluarlah kisah ayam.
Ayam dan Manusia
Kenapa tersenyum kelat? Kerana sekitar masa itu,memang isu Ayam agak kecoh juga di antara kami.
Cerita asalnya,oleh sebab sedikitnya manusia Muslim disitu,maka tenaga kerja juga sedikit,oleh itu keluarlah idea untuk membahagikan tugas membeli ayam di antara lelaki-lelaki Volgo, kasihan orang sama yang membeli ayam di pasar(agak jauh dari Centre) setiap minggu.
Malangnya,walaupun majority setuju,keluar desus-desus ada yang tidak mahu terlibat dengan alasan lebih kurangnya "Aku pelanggan, bukan dapat untung pun, siapa nak jual, dialah beli ayam"
Maka selepas itu timbullah salah faham yang rupa-rupanya tidak habis lagi hingga sekarang.
Tulaka.com
Akupun dah lupa isu ini hinggalah keluar lagi baru-baru ini di satu forum tulaka.com(satu site yang dibina oleh pelajar Volgograd)
Walaupun isu asalnya lain,tapi terkeluarlah isu ayam juga.
Akhirnya faham juga aku kenapa benda sekecil ayam ini boleh menjadi isu.

Tidak terikat,maka Neutral?
Pada kefahaman aku sekarang, bantahan itu bukanlah pada kerja membeli ayam itu,tapi pada mereka, apabila terlibat dalam kerja yang pada fikiran mereka adalah kerja persatuan, maka automatic terlibat dalam persatuan.
Mungkin pada logik mereka, apabila menolak untuk terlibat dalam mana-mana persatuan, maka merekalah orang-orang Neutral dalam komuniti itu.
Neutralnya Swiss
Jika kita lihat Switzerland,suatu Negara yang paling terkenal kerana neutral,semasa perang Dunia Ke-2 tidak menyertai Allied atau Axis,malah sanggup menembak jatuh kapal terbang German,Amerika atau mana-mana negara lain yang masuk ke ruang Negara Swiss,semua di anggap ancaman dan musuh.
Bagaimana boleh menjadi Neutral?
Satu pada kekuatan Ekonominya, sedar tidak sedar betapa terkenalnya Swiss Bank di merata dunia,tak kira penyangak atau penipu, asalkan ada duit boleh menyimpan di dalam bank Swiss tanpa soal asalkan ada membayar upahnya. Sehingga sekarangpun Switzerland tidak menyertai EU kerana ekonominya sudah cukup utuh.
Kedua pada kekuatan tenteranya, teknologi ketenteraannya yang begitu tinggi(siapa tidak pernah dengar Swiss Army Knife),itu baru pisau senapangnya bagaimana agaknya. Setiap rakyatnya adalah tentera,dan memang terlatih,boleh berperang bila-bila masa.
Kesimpulannya,untuk menjadi Neutral,kita mesti menjadi Kuat,dan kekuatan manusia itu hanyalah terbit apabila bekerja bersama-sama. Ada wujudkah di dunia 1 Man Army atau 1 Man Bank?

dalam setiap rumah ini ada senjata dan tentera yang bersedia
Hak dan Kewajipan
Apabila menjadi manusia,kemudian mengaku Islam, pastilah ada perkara-perkara yang perlu dibuat untuk mengekalkannya, tidak logik menjadi pekebun tapi kerjanya hari-hari tidur dibawah pokok kelapa.
"Humans are gregarious creatures" seorang ahli psikologi berkata,maksudnya memang sifat manusia hendak berkawan,jika tidak ada sifat itu sedikitpun,pasti ada patologinya, manusia normal pasti mahu berkawan,sebab itulah wujudnya kumpulan-kumpulan, jika tidak dengan Geng Aww,dengan Mat Rempit,pasti dengan geng lain…
Jika tidak dengan komuniti Islam,dengan apa?
"Bukanlah dari golongan kami sesiapa yang tidur tanpa memikirkan sedikitpun tentang umat Islam"-maksud Hadis
Maaf jika ada yang terasa(ada sahaja yang bekerja untuk komuniti tanpa jalan persatuan),cuma ramai lagi yang tidak
terlibat langsung,datang berbondong-bondong hanya bila ada makan percuma.
Wallahualam..
