|
Temosa Panas "Kenapa tak keluar datingnye Mir..kenal-kenal dulu" kata Tok Wan dengan nada bergurau. "Hish mane bole..ade ke Che ni..ajar benda ngarut" balas Che(mak aku) kepada Tok Wan " "Mir tu laki..tapi yang perempuan die bawak tu mesti la anak orang jugak "Ye la..Ye la..Eh,makan la lagi Temosa tu Mir" Aku diam saje..menghadap Temosa panas Kampung Sungai Karang Darat yang memang lazat…tapi isi perbualan dalam gurauan antara ibu dan nenek aku lebih kurang 10 tahun lepas selalu terngiang-ngiang dalam fikiran…
presenting temosa:looks like karipap but with fish and coconut instead...
Konsep Couple "Couple" ..terasa kosong bila memikirkannya…entah siapa yang memulakannya tapi ramai yang mengikutnya…jika ada yang mengaku sudah "couple" ..ada yang mengucapkan tahniah dan gembira..pelik sungguh.. Bayangkan seeorang ayah bersusah payah membesarkan seorang anak perempuan..20 tahun kemudian selepas berkenalan yang singkat..anaknya sudah boleh dibawa ke Si lelaki pula, terus menerus memikat "Pasti Dapat jika Mengorat, Perempuan hanya ada dua jenis:Yang mahukan kita dan Akan mahukan kita" itulah motto hidupnya…Nauzubillah min zalik... Tapi.. jika memikat dengan pujian..perlu diteruskan pujian sepanjang masa.. jika memikat dengan hadiah...perlu diberi hadiah sepanjang masa… jika memikat dengan pura-pura..perlu berpura-pura sepanjang masa… "Mengorat hanyalah untuk yang muflis peribadinya" kata seorang kawanku Rasulullah dipinang Khadijah kerana sifat terpujinya..memikat tanpa sedar.. Contoh yang lebih moden mungkin ialah Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta..
inikah idea bahagia?atau terpedaya
Realiti Lebih kurang 20-30 tahun dahulu..keluar berduaan masih taboo masyarakat(walaupun mungkin kerana adat,bukan agama)..sekarang ini lah trend semasa..malah jika kalau keluar sama jantina pula yang menjadi perkara pelik(pengalaman sendiri dikerling orang bila keluar makan berdua dengan kawan sejantina)..sungguh cepat manusia berubah…
Beberapa hari lepas aku keluar berjalan seorang di sekitar
"Menang orang Melayu hari ni" kataku dalam hati. Semoga hari seterusnya orang lain pula yang menang…bagi peluang juga pada orang lain.. Maksud Hadis: "Barangsiapa yang ternampak atau terserempak dengan kemungkaran maka hendaklah ia memberhentikannya dengan tangannya,jika tidak mampu maka hentikanlah ianya dengan lidah,jika tidak mampu hentikanlah ianya dengan hati, itulah selemah-lemah iman"(Bukhari dan Muslim) Lemah sungguh iman dalam hati ini…hanya ini sahaja yang mampu dibuat…
|
| amir to amani March 23, 2008 09:18 PM PDT spot on kat mane tu amani? | ||
| amani March 23, 2008 08:37 PM PDT hm.. spot on! | ||
| amir to amerrycan mi March 22, 2008 06:00 PM PDT makan gitu jek..macam karipap..heheh | ||
| amrahismail March 22, 2008 01:01 PM PDT hurmm...temosa tu makan dgn apa???? | ||
| Leave a Comment: |