Entry: Respons.... Monday, March 24, 2008



Respons

Kembali dari daurah antara usrah-usrah di sini..daripada topik utama Syahadatul Haq(penyaksian yang sebenar) oleh Al Maududi terkeluar jugalah tentang pembentukan negara Islam melalui tarbiyah individu Muslim.

Kebetulan sedang membaca  buku RESPONS Intelektual Muslim dan Isu-isu Semasa susunan Ann Wan Seng,seorang pendakwah yang amat aku kagumi(mengikuti sedikit kisah sebelum beliau memeluk Islam dan selepas),salah satu artikel yang ditulis oleh Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff  menyentuh betapa pentingnya untuk umat Islam mendapat kuasa pemerintahan untuk membina Negara Islam.

Pengalaman Pakistan

Walaupun asal tujuan penubuhan negara(1947)melalui pemisahan dengan India itu adalah untuk menjadikannya sebuah Islam(oleh Mohammed Ali Jinnah),tetapi kerana jemaah-jemaah Islam tidak bersatu(tidak ramai ulamak menyokong dan berpindah ke Pakistan), pihak liberal-nasionalis telah menguasai Pakistan.

Hasilnya,ketika pemerintahan Ayub Khan, Islam digugurkan dalam perlembagaan,dari Republik Islam Pakistan menjadi Republik Pakistan sahaja(kemudian ditukar kembalikan semula kerana demonstrasi pelajar)

Hanya pada 1970 sebahagian kecil ulamak di Pakistan menyedari kepentingan memiliki kuasa lalu mula bergiat langsung dalam politik dan bertanding di dalam pilihanraya(tanpa sokongan Jemaah Islam pimpinan Maududi)

makam Mohammed Ali Jinnah di Karachi,Pakistan

Pengalaman Mesir

Pada awal kurun ke 19 ulamak amat dihormati dan berpengaruh di Mesir,mereka mempunyai kuasa untuk menentukan  kepimpinan Mesir.

Ulamak ketika itu melantik Mohammad Ali Pasha sebagai ketua negara,malangnya selepas berjaya memperkukuhkan kuasanya,beliau telah mengetepikan golongan ulamak dan menekan golongan agama.Selepas itu golongan liberal-nasionalis menguasai Mesir sehingga ke hari ini.

Walaupun ada usaha-usaha untuk mengembalikan kepimpinan ulamak,tetapi pertubuhan-pertubuhan agama amat ditekan kerajaan menyebabkan organisasi Islam seperti Ikhwanul Muslim menyertai politik amat sukar. 

masjid Hussein,Kaherah

Dari sini kita boleh mengambil iktibar, bagaimana pentingnya kuasa pemerintahan itu dimiliki oleh umat Islam umumnya dan ulamak khasnya..

Dimana bumi dipijak di situ Islam dijunjung......InsyaAllah...

Wallahualam....

   4 comments

amir
March 28, 2008   11:45 PM PDT
 
komen dia..panjang dari artikel..haha..nak wat camne kan..petah orang besut ni..

ramai gak sempat baca yang ori yek..tak sangka...

btul la tu..tu la tujuannya tulis yang ori tu..takut ada yang lupa(sebab dengar2 memang ada yang lupa pun)masuk sebab boring..takde kerja nak buat..macam persatuan la pulak..
drmuthiah
March 28, 2008   12:55 AM PDT
 
oh gitu ye?
tak mengapa a zam..
alhamdulillah sy sempat bce..yg ori tue..hehe

mgkin boleh bertukar2 pendapat?
kalau salah,tolong tunjukkan..sy budak baru blajar...

insya allah yg dikatakan primer dan sekunder itu ttp wujud walau apepun org kate..(i guess) insya allah primer itu tdak pernah kite lupekan walau sesibuk mana berpenat lelah ke arah sekunder(sy fokus kepada sekunder tarbiyah-bukan ekonomi,medical,media etc...(kerana ape? niat kita cuma satu- ustaziatul alam) menyaksikan agama allah dimuliakan di seluruh alam...

sekunder(fokus tarbiyah)scara umumnya mahu membina rijal yg sggup bekerja mengorban segalanya demi agama suci ini..sesungguhnya pembinaan mereka ini mengambil masa yg lama dan specific didikan itu perlu...

bila tiba masanya mrklah yg akan muncul mengibar panji islam di merata arena dan tika itu primer target (ustaziatul alam/daulah) tidak menjadi masalah besar..kita sentiasa menyimpan itu dlm hati sbg humum yg tdk prnah padam dan kita diajar utk bekerja ke arah itu..
amir to
March 24, 2008   08:56 PM PDT
 
salam...
eh?ada orang prasan gak la...hahah...

asal tulisan ni lain..tapi untuk jaga maslahah umum(harapnya)..edit balik..bawa ke arah lain..

tulisan asalnya masih ada di alam maya..tapi bukan disini..hehe..
deeha
March 24, 2008   08:20 PM PDT
 
salam wbt..
hrm..npe mcm dh edit sket? dh lain...ade part yg xde
huhu

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments